Hukum perkahwinan dalam Islam 

Hukum

Alasannya

Wajib

Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat

Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 

Haram

Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 

Makruh

Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus

Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

 
HIKMAT PERKAHWINAN.
Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam. Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah ar-Rum, Ayat 21 :-
                      Maksudnya : ” Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina. Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumahtangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah kerana perkahwinan adalah suatu amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita. Tidak menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan buruk daripada-Nya.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya dunia ini tempat nikmat dan sebaik-baik nikmat dunia ialah wanita solehah.
About these ads