anak2 yang didik dengan sempurnalah yang akan membantu kita diakhirat… tapi bukan senang… hari ni saja aja dua cerita mengenai anak yang didik bercampur baur adat ketimuran contohnya bila berpakaian baju-T tanpa lengan ibu-ayah tak kata apa pun malah mengiakan saja… kemudian seperti cerita yang dibawah ni… kita hidup lum tahu disukai tapi bila mati janganlah menyusahkan orang… pesanan untuk diri saya yang saya pegang juga untuk sahabat2 sekalian… apa yang terjadi kita jadikanlah tauladan agar bukan kita atau kaum keluarga kita yang mengalaminya. .. biar kolot tapi berhemah… kalau maju biar sepadan…. agar jangan kita miskin bila mati nanti… sedih bila terbaca hal2 yang berlaku… asal saja kita jadikan tauladan… semoga Allah beri kita kefahaman dalam ISLAM…… insyallah ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _ Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku dikawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :- Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yan g lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar. Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu t idaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi t idak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan… takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis t idak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku .. Bila saya urut perutnya, keluarl ah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya. Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak.. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham t idak pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham t idak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah. …suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap t idak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.. Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, t idak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja. Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu t idak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat t idak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil Rupanya apa yang saya takutka n itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup.. .. na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw. Papan keran da diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia t idak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu t idak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. T idak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya t idak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya. Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa? Wassallam.

Advertisements

anak2 yang didik dengan sempurnalah yang akan membantu kita diakhirat…
tapi bukan senang… hari ni saja aja dua cerita mengenai anak yang didik
bercampur baur adat ketimuran contohnya bila berpakaian baju-T tanpa lengan
ibu-ayah tak kata apa pun malah mengiakan saja… kemudian seperti cerita
yang dibawah ni…
kita hidup lum tahu disukai tapi bila mati janganlah menyusahkan orang…
pesanan untuk diri saya yang saya pegang juga untuk sahabat2 sekalian… apa
yang terjadi kita jadikanlah tauladan agar bukan kita atau kaum keluarga
kita yang mengalaminya. .. biar kolot tapi berhemah… kalau maju biar
sepadan…. agar jangan kita miskin bila mati nanti… sedih bila terbaca
hal2 yang berlaku… asal saja kita jadikan tauladan… semoga Allah beri kefahaman dalam Islam.. insyallah
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku
dikawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya
orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam
jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat
kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di
sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yan g lalu, telah
mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman
saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu
jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan
banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam,
Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu t idaklah dapat saya
nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak
Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah
Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk
Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi t idak pernah saya bertemu
dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali
lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh
bermacam-macam perasaaan… takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi.
Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun
ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan

Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus
pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya
dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama
berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu
perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk
membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi
apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa
kerana pada hari tersebut, najis t idak keluar daripada dubur mayat tadi
tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah
sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa
yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini
memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu
mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku
.. Bila saya urut perutnya, keluarl ah daripada mulut mayat itu najis bersama
beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis.
Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu
kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah
sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya
boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka
seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku
pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut
dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke
muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”.
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua
anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar
negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya
marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah
membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya
tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal
menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak..
Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham t idak
pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi
saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham t idak
langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat
itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba
keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu
boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja.
Subhanallah. …suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan
berharap t idak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas
itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta
anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam
biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris
yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku..

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain
kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan
kakinya, t idak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak
mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa
memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di
tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa
elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang
sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya
Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya
berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan.
Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu
t idak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta
jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya,
tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana
kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah
muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk
membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah
sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya
itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara
yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta
saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia
tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada
apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata
demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu
mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam
10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang
ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah
kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori
itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan
kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?
Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua
pembantu tadi supaya ahli masyarakat t idak payah membantu kami menguburkan
jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka,
itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil
Rupanya apa yang saya takutka n itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang
terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya,
saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi
turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke
bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi
yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya
air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham
supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan
terlangkup.. .. na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk
mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keran da diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu
kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia t idak mendap.
Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi
becak.
Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu.
Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya
berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan
bataskan. Ertinya kubur itu t idak dikambus hingga ke permukaan lubangnya,
tetapi ia seperti kubur berlubang.
T idak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok
tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah
hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi.
Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan
pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan
jenazah, inilah mayat yang saya t idak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil
dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham
dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah
yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah
menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan
harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan
jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan
nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang
pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang
berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika,
seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun..
Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan
jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya
menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah
menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan
kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap
saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah
kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak
kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat
menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Wassallam.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu:
“Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu.
Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW.”
Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan:
” Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya .”

(Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh
dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.)

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat
orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan
orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada
lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.
Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat
dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau
berkata: ” Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di
hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu
di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya”.
Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu
lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: ”
Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan
diiringi oleh syaitan .”
( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
– FATWANYA ).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga
kesihatan spt membuat
amalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang
kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh
mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa)
. Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para
saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari
perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud maka darah akan mengalir keruang
berkenaan.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah
jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu

Dalam kitab juga ada melarang kita makan
makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama
susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini
terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala
dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi
tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)

….WallahuA’lam…..
Sabda Rasulullah s.aw “ Ilmu itu milik tuhan, barang siapa

menyebarkan ilmu
demi kebaikkan, Allah akan menggandakan 10 kali
kepadanya.”

       Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Ketika saya (Rasulullah s.a.w) mikraj ke langit, maka saya telah melihat Aarsy di atas 360,00 sendi dan jarak antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,00 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara  itu terdapat 80,0000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas (Qul huwallaahu ahad).”


      Sabda Rasulullah s.a.w lagi “ Setelah mereka selesai membaca surah tersebut , maka mereka berkata : “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”


      Apabila para sahabat r.a mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w maka mereka sangat kagum. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?” Berkata para sahabat “ ya kami sungguh kagum Ya Rasulullah s.a.w.”


       Rasulullah s.a.w bersabda : “ Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya “Qul huwallahu ahadun” itu tertulis di sayap Malaikat Jibril a.s. “Allahush Shamad: itu tertulis di sayap Malaikat Mikail a.s. “Lamyalid walam yuulad” tertulis pada sayap Malaikat Izrail a.s. “Wala  yakun lahu kufuwan ahadun” tertulis pada sayap Malaikat Israfil a.s. Oleh itu, sesiapa dari umatku membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca Kitab taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung”.


       Setelah Rasulullah s.a.w berkata demikian maka baginda bersabda lagi : “Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?” Maka berkata para sahabat : “Ya Rasulullah s.a.w, kami semua kagum.”


       Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguh “Qul huwallahu ahadun” itu tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Sidiq r.a, “Allahush Shamad” itu tertulis di dahi Umar Al-Faaruq r.a, “Lamyalid walam yuulad” itu tertulis di dahi Ustman Dzan Nuuraini r.a dan “Walan yakun lahu kufuwan Ahadun” itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu, sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi oleh Allah s.w.t pahala Abu bakar, Umar, Utsman dan Ali r.a.” (Hayatun Quluubi).

Assalamualaikum dan salam sejahtera… pertama-tama kali saya bersyukur kepada illahi serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa anda semua untuk masuk� ke blog saya, tetapi ada beberapa perkara yang menyebabkan saya risau iaitu di antara kekawan kita ada yang beranggapan saya ini DATO FADILAH KAMSAH…. untuk maklum semua kekawan di sini… sebenarnya saya bukan DATO FADIHLAH KAMSAH... �saya cuma mengambil tips-tips beliau (DATO FADILAH KAMSAH) eelalui risalah dan saya ingin berkongsi ilmu tersebut dengan semua orang terutamanya Umat Islam… saya juga meminta maaf jika saya menyebabkan anda semua beranggapan sedemikian.bab bertanya pendapat pula insya allah saya akan cuba beritahu pandangan saya andai kata saya tidak dapat jawapan soalan tersebut, saya akan merujuk dengan yang lebih arif dalam bidang tersebut insya allah… apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih�kepada anda semua.�Assalamualaikum.

 

Hukum perkahwinan dalam Islam 

Hukum

Alasannya

Wajib

Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Sunat

Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 

Haram

Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 

Makruh

Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Harus

Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

 
HIKMAT PERKAHWINAN.
Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam. Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah ar-Rum, Ayat 21 :-
                      Maksudnya : ” Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina. Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumahtangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah kerana perkahwinan adalah suatu amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita. Tidak menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan buruk daripada-Nya.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya dunia ini tempat nikmat dan sebaik-baik nikmat dunia ialah wanita solehah.