Alhamdulillah dah selesai tugas aku….baru lega sikit lepas ini bolehlah aku balik rumah dan buat kerja yang tertinggal semalam………tetapi itulah kehidupan….kita merancang Allah pun merancang…….yang pastinya rancangan Allah lah yang akan berjaya……apabila aku balik untuk buat kerja tetapi lepas aku selesai menunaikan solat zohor….itupun terlewat sedikit dah pukul 3.30 ptg baru nak sembahyang zohor…..Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini kerana lewat menunaikan tanggung jawab aku terhadapaMu…..Aku bukannya sengaja melewatkannya atau sahaja menangguh-nangguhkannya tetapi aku telah menjalankan kewajiban sebagai seorang yang bertanggung jawab iaitu berkerja,bukankah ini adalah perintahMU yang aku cuba mengekori????……..

Apabila selesai menunaikan tanggung jawab sebagai hamba kepada TuanNya (Allah) aku pun baringlah di katil bersebelahan tempat aku bersujud kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui tentang HambaNya……..untuk meluruskan tulang-tulaag yang kesakitan akibat dari keletihan berkerja….tetapi apakan daya aku….aku hanyalah seorang yang bergelar manusia………telah berjaya dengan godaan syaitan laknatullah itu….. aku terlelap disitu….tanpa menyedari apa yang bakal menimpa pada diri aku yang hina ini……..

jam menunjukkan 11:30 pm…….. Tiba-tiba….telefon aku berbunyi……..”jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta” lagu yang aku pasang dalam telefon bimbit aku……maka akupun ambil dan jawap dalam keadaan mengigau…….diberi salam oleh sahabat ku……maka aku pun jawap tanpa menyedari apa yang telah menimpa pada diri aku……”Wa/salam….han……dah kul baper???” aku bertanya tanpa melihat sekeliling aku yang gelap gelita……..”dah kul 11 lebih….apesal???” jawap sahabatku….tanpa berfikir banyak aku terus bangun dari katil dan melihat sekeliling aku dapati……….Masha Allah!!!!!! dah malam rupanya, ……. Assta’firllahalhazim…dah lewat ini………..aku terus segerakan percakapan aku dan terus ambil wuduk untuk solat isyak………serta aku terpaksalah menqadorkan solat asar dan solat maghrib…………….Ya Allah…Apakah ini semua dugaan dariMU?….tetapi aku sedar aku ini hanya hambaNYa yang hina lagi berdosa bagaikan buih-buihan yang penuh di lautan yang luas…………Wahai tuhan…..ku tak layak kesyurgaMU…… namun tak pula sanggup masuk kenerakaMu…..oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku dan terimalah taubatku………dosa-dosaku bagaikan buih-buihan yang penuh dilautan yang luas……Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Agung………….Amin yarabbal’alamin…