LUQMAN Al-Hakim ada memberi sembilan pesanan berguna kepada anaknya yang
menjadi peringatan kepada umat lain dalam menjalani hidup ini.
Beliau berkata:”Hai anakku! Sesungguhnya adalah suatu
yang hikmah(bijaksana),apabila engkau melakukan sembilan perkara iaitu”.
*Engkau menghidupkan hari yang
mati.
*Duduk bergaul dengan orang miskin.
*Menjauhi majlis pemerintah.
*Memuliakan orang yang
hina.
*Membebaskan hamba abdi.
*Memberi perlindungan kepada orang asing.
*Memperkayakan orang
fakir.
*Menambahkan kemuliaan orang yang mulia.
*Menambahkan kepimpinan bagi pemimpin.
Perkara itu,kata
Luqman,lebih baik daripada harta benda dan memelihara daripada ketakutan.Ia juga diibaratkan lebih baik sebagai senjata
dalam peperangan dan barangan ketika menang.
“Ia juga penolong dirinya serta pelindung diri ketika pakaian tidak
menutup tubuhnya,”katanya.
Luqman berkata lagi:”Hai anakku! Carilah rezeki dengan pendapatan yang halal daripada
berada dalam kefakiran kerana sesungguhnya tidak seorang pun yang berada dalam keadaan kefakiran kecuali dia ditimpa
tiga sifat iaitu”:
* Lemah agamanya.
* Lemah akal fikirannya.
* Hilanglah maruahnya.
Dan yang paling besar
dari tiga perkara itu ialah:-
* Manusia akan mempermain-mainkannya.
* Menghina dirinya.
* Memburuk-burukkan
keadaannya.
Luqman berkata lagi:”Hai anakku barang siapa bersahabat dengan sahabat yang jahat,tidak akan selamat.Dan
barang siapa yang masuk ketempat yang jahat,akan dituduh.Dan barang siapa yang tidak memelihara lidahnya,akan
menyesal.”
Beliau memberi gambaran jelas bagaimana hendak memilih sahabat kerana rakan yang baik kan membawa
seseorang itu kepada kebaikan dan sebaliknya.
Begitu juga sewaktu memilih tempat untuk dikunjungi.Contohnya,apabila
kita ketempat maksiat atau berunsur kejahatan,walaupun tidak melakukan kejahatan akan dilabel atau dituduh
melakukannya.
Akhirnya,Luqman menyuruh anaknya supaya memelihara lidah atau tutur kata supaya tidak mengeluar atau
menghamburkan perkataan yang boleh membawa binasa kepada diri sendiri.
Pepatah Melayu ada menyebut”Kerana pulut
santan binasa,kerana mulut badan binasa”.