SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG
 PENGECUALIAN
 
 KEKOSONGAN JAWATAN:

 
 A. Ahli Syurga Dari Awal.
 B. Ahli Neraka Dari Awal.
 C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi
 Ahli Syurga.
 
 EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
 1. Nikmat kubur.
 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
 4. Syurga yang kekal abadi.
 
 TARIKH TEMUDUGA:
 
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat
 membaca iklan ini.
 
 LOKASI TEMUDUGA:
 Di dalam kubur (alam barzakh).
 
 KELAYAKAN:
 
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
 Anda tidak perlu bawa pingat.
 Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
 Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem
 atau berbadan tegap
 atau berisi.
 Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

 
 PANEL/PENEMUDUGA:
 Mungkar dan Nakir.
 
 ENAM SOALAN BOCOR:
 1. Siapa Tuhan anda?
 2. Apa Agama anda?
 3. Siapa Nabi anda?
 4. Apa Kitab anda?
 5. Di mana Kiblat anda?
 6. Siapa Saudara anda?


 CARA MEMOHON:
 Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber
 untuk menjemput
 anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja
 (mungkin
 sekejap lagi).
 Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan
 akan bengis kepada
 orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

 
 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

 Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal,
 yang bermaksud
 begini:
 
 Sabda Rasullah SAW: “Sesungguhnya apabila jenazah
 seseorang itu
 diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah
 itu mendengar
 suara terompah kasut) orang- orang yang
 menghantarnya ke kubur pada
 saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
 seorang muslim,
 maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih
 hidup di dunia akan
 diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
 sebelah kanannya,
 zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan
 kebajikan daripada
 sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan
 diletakkan di
 hujung dua kakinya.
 
 Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
 solat itu berkata
 kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian
malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa
 berkata kepadanya:
 dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
 berpindah ke
 sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari
 arasku tidak ada
lain masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua
 hujung kakinya dan
 berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada
 jalan masuk. Maka
 malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya
 (mayat)
 memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam,
 lalu malaikat
 bertanya kepada mayat itu:

 Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
 (Muhammad) yang kamu
 dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana
 penyaksian kamu
 kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku
 sebentar, aku
 hendak sembahyang. Maka berkata malaikat:
 Sesungguhnya engkau akan
 mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab
 dahulu apa yang
 kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang
seorang laki-laki
 Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
 tentangnya; dan
 bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata
 mayat itu: Laki-
 laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi
 bahawa nabi
 Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa
 kebenaran daripada
 Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata
 kepada mayat itu:
 Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
 dimatikan dan
 dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di
 akhirat
 insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu
 syurga, maka dikata
 padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah
 bagi kamu dan
 kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah
 gembira mayat itu.
 Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan
 disinari cahaya
 baginya”
 
 Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras
 (kepala, kanan,
 kiri dan hujung kaki).!
 
 Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada
 semua sahabat.
 
 
Wallahu-a’lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini.