Kekadang timbul rasa tidak puashati dikalangan wanita dengan cara ini tetapi sebenarnya adalah satu bentuk kepatuhan kepada Allah…semuanya itu ada kelebihan yang tersembunyi..Bagi memahami hukum Allah..faraid ini ada hukum bersifat qati’e dan zanni.Qati’e bermaksud hukum bersifat putus,mutlak dan tidak diberi hak untuk mentafsir dengan maksud lain daripada disebut.Zanni hukum bersifat tidak putus,manusia diberi hak mentafsir dengan akal yang benar.Hukum pusaka dalam quran menyebut jumlah dalam qati’e di mana disebut satu perdua,satu perempat dan sebagainya.Ia adalah bersifat putus dan kita wajid menerima,beriman dan patuh sebagai lambang ketaatan kepada Allah.Namun bagi memahami kenapa ada perbezaan pembahagian pusaka.kita boleh mengkaji peranan lelaki dan wanita dalam kekeluargaan islam.Seorang lelaki bertanggungjawag menyara keluarga dalm apa juga keadaan sekalipun.Jika tidak berkemampuan,maka keluarga sebelah lelaki WAJID membantunya.Oleh itu,jika lelaki mendapat pusaka dua kali ganda daripada wanita,pusaka itu perlu diagihkannya kepada orang di bawah tanggungannya seperti isteri dan anak.Berbeza bagi wanita pula jika dia menerima pusaka ,dari segi hukum ,harta itu adalah kepunyaannya sendiri secara mutlak ,suami dan anak lelaki tidak berhak kepada harta itu.Suami tidak boleh langsung menuntut harta pusaka itu sebagai harta sepencarian.Oleh itu,walaupun secara luarannya seorang lelaki seolah-olah menerima lebih banyak pusaka,tetapi hakikatnya setelah ditolak tanggungan,lelaki sebanar menerima lebih kurang dari wanita…renungkanlah…insyaallah..