Muhammad bin Idris as-Syafie, juga dikenali sebagai Imam Syafie adalah ahli fiqah Islam yang terkemuka dalam Sekarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada Mazhab Syafie, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh pengabut agama Islan di India, Indonesia dan Malaysia. Imam Syafie dibesarkan di Hijjaz, tanah asal ahli Sunnah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafie berhijrah ke Mesir, di mana di sanalah beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Mekah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafie. Imam Syafie dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria.) Selepas kemagkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan dengan ibu beliau. Ketika berumur sepuluh tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Mekah. Imam Syafie mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik pada umur sepuluh tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah. Bapa beliau berasal daripada Bani Quraish, dan nenek moyang Imam Syafie adalh al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriash merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar. Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunnah. Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafie kemudiannya kembali ke Mekah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina, dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim, beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik. Imam Syafie meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik, dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.