anak2 yang didik dengan sempurnalah yang akan membantu kita diakhirat…
tapi bukan senang… hari ni saja aja dua cerita mengenai anak yang didik
bercampur baur adat ketimuran contohnya bila berpakaian baju-T tanpa lengan
ibu-ayah tak kata apa pun malah mengiakan saja… kemudian seperti cerita
yang dibawah ni…
kita hidup lum tahu disukai tapi bila mati janganlah menyusahkan orang…
pesanan untuk diri saya yang saya pegang juga untuk sahabat2 sekalian… apa
yang terjadi kita jadikanlah tauladan agar bukan kita atau kaum keluarga
kita yang mengalaminya. .. biar kolot tapi berhemah… kalau maju biar
sepadan…. agar jangan kita miskin bila mati nanti… sedih bila terbaca
hal2 yang berlaku… asal saja kita jadikan tauladan… semoga Allah beri kefahaman dalam Islam.. insyallah
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku
dikawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya
orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam
jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat
kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di
sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yan g lalu, telah
mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman
saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu
jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan
banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam,
Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu t idaklah dapat saya
nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak
Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah
Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk
Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi t idak pernah saya bertemu
dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali
lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh
bermacam-macam perasaaan… takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi.
Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun
ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan

Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus
pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya
dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama
berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu
perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk
membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi
apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa
kerana pada hari tersebut, najis t idak keluar daripada dubur mayat tadi
tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah
sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa
yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini
memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu
mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku
.. Bila saya urut perutnya, keluarl ah daripada mulut mayat itu najis bersama
beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis.
Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu
kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah
sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya
boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka
seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku
pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut
dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke
muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”.
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua
anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar
negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya
marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah
membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya
tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal
menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak..
Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham t idak
pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi
saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham t idak
langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat
itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba
keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu
boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja.
Subhanallah. …suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan
berharap t idak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas
itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta
anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam
biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris
yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku..

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain
kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan
kakinya, t idak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya.
Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak
mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa
memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di
tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa
elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang
sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya
Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya
berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan.
Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu
t idak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta
jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya,
tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana
kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah
muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk
membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah
sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya
itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara
yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta
saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia
tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada
apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata
demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu
mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam
10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang
ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah
kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori
itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan
kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?
Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua
pembantu tadi supaya ahli masyarakat t idak payah membantu kami menguburkan
jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka,
itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil
Rupanya apa yang saya takutka n itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang
terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya,
saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi
turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke
bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi
yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya
air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham
supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan
terlangkup.. .. na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk
mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keran da diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu
kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia t idak mendap.
Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi
becak.
Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu.
Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya
berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan
bataskan. Ertinya kubur itu t idak dikambus hingga ke permukaan lubangnya,
tetapi ia seperti kubur berlubang.
T idak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok
tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah
hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi.
Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan
pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan
jenazah, inilah mayat yang saya t idak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil
dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham
dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah
yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah
menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan
harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan
jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan
nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang
pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang
berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika,
seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun..
Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan
jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya
menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah
menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan
kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap
saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah
kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak
kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat
menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Wassallam.